PENGAJIAN MALAYSIA

Dibangunkan untuk berkongsi maklumat dalam bidang Pengajian Malaysia berkaitan bidang Politik, Ekonomi dan Sosial

  • Salam Ramadhan

  • Tentang Saya

    Mahasiswi UPSI Perak. Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.

  • Detik

  • Ogos 2010
    M T W T F S S
         
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • 1 Malaysia

  • Kabinet Malaysia

Undang-undang Islam

Posted by aliazaik di 25/08/2010

Isu Semasa : Undang-undang Islam miliki hak eksklusif

TANGGAL 31 Ogos ini, negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-53. Selama lebih lima dekad negara memacu pembangunan berteraskan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah dokumen undang-undang utama negara. Perlembagaan Persekutuan sebenarnya mengesahkan susun atur masyarakat sebelum kemerdekaan lagi. Ia bukan wujud secara kebetulan sebaliknya dokumen tolak ansur antara kaum di Malaysia.

Setiap rakyat negara ini perlu menerima Perlembagaan Persekutuan mengikut kerangka dan skima yang ada berdasarkan kepada tafsiran diputuskan mahkamah dari semasa ke semasa.

Sebelum Perlembagaan wujud, sebenarnya sudah ada peruntukan khusus mengenai undang-undang Islam. Contohnya, Undang-Undang 99 Perak dengan tegas menyatakan jika didirikan hukum al-Quran dengan undang-undang dalam negeri nescaya amanlah isi negeri. Malah, barang siapa tidak mengikut hukum itu hendaklah di luar negeri atau dalam hutan.

Pemerintah pula hendaklah memakai al-Quran sebagai panduan dan kegagalan menggunakannya tidak boleh memerintah negeri. Ada tujuh ciri asas menjadi tulang belakang perlembagaan itu dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu:

  • Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
  • Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan.
  • Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan.
  • Pengasingan kuasa eksekutif, parlimen dan kehakiman.
  • Raja Berperlembagaan.
  • Demokrasi Berparlimen.
  • Badan kehakiman yang terpisah dari penguasaan Parlimen dan eksekutif.

Jika diteliti, sebenarnya ada banyak peruntukan berkaitan Islam disebut dalam Perlembagaan Persekutuan. Antaranya ialah Islam sebagai agama bagi Persekutuan, hak kebebasan menganut, mengamal dan menyebarkan agama Islam, menggunakan dana awam bagi tujuan Islam, kedudukan terpelihara mahkamah syariah, pengecualian penolakan undang-undang Islam ketika darurat serta penetapan hal ehwal Islam terletak dalam bidang kuasa negeri.

Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan. Implikasi agama bagi Persekutuan ini berbeza dengan agama rasmi.

Hal demikian dijelaskan Hakim Mohd Noor dalam penghakiman kes Meor Atiqurrahman melawan Fatimah Sihi: Islam adalah agama bagi Persekutuan tapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah agama utama antara agama lain seperti Kristian, Buddha dan Hindu. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi teguh dan terang. Jika bukan sedemikian Islam bukanlah agama bagi Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pula, Hakim Ahmad Fairuz memutuskan: Islam itu bukan suatu himpunan dogma dan ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.

Dalam kedua-dua penghakiman itu kedudukan Islam adalah jelas tersurat. Konsep negara sekular seperti yang dicanangkan sesetengah pihak adalah tidak berlandaskan Perlembagaan, apatah lagi perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan secara sahnya boleh mempromosi pendidikan dan cara hidup Islam, malah dana awam juga boleh digunakan bagi membangun institusi Islam dalam negara. Penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam juga boleh dijadikan satu kesalahan.

Buat masa ini, 10 negeri sudah menggubal undang-undang ini menjadikan penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam adalah suatu kesalahan dan boleh dihukum di Mahkamah Sivil. Hanya Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang sebegini sehingga kini.

Akhlak Islam juga boleh dikawal dengan penggubalan undang-undang kesalahan jenayah syariah. Orang Islam tidak mempunyai pilihan selain terikat dengan undang-undang Islam. Ini bagi meletakkan Islam di tempat sebenar dan tidak diperlekehkan golongan yang ingin mempermainkan agama dan mengelakkan pendakwaan syarie semata-mata atas alasan mereka tidak lagi beragama Islam.

Walaupun ramai mengatakan Perlembagaan Persekutuan batu penghalang untuk melaksanakan undang-undang Islam, bagi saya masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan bagi kebaikan Islam.

Tafsiran baru hendaklah diberikan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan kerana sifat perlembagaan itu sendiri yang hidup perlu diberikan tafsiran berpadanan dengan tuntutan semasa.

sumber : http://www.bharian.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: