PENGAJIAN MALAYSIA

Dibangunkan untuk berkongsi maklumat dalam bidang Pengajian Malaysia berkaitan bidang Politik, Ekonomi dan Sosial

  • Salam Ramadhan

  • Tentang Saya

    Mahasiswi UPSI Perak. Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.

  • Detik

  • Ogos 2010
    M T W T F S S
         
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • 1 Malaysia

  • Kabinet Malaysia

Soalan Pengukuhan

Posted by aliazaik di 23/08/2010

BAB 1 : SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Pilih jawapan yang tepat.

1. Antara organisasi berikut, yang manakah merupakan organisasi tertinggi dalam pembentukan dasar negara?

A. YDPA
B. Kabinet
C.Perdana Menteri
D. Majlis Tertinggi Negara

2. Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dasar ialah
A. Kementerian
B. Kabinet
C. Suruhanjaya
D. Majlis Raja-raja

3. Teori pengasingan kuasa (eksekutif, legislatif dan kehakiman) dalam sistem pentadbiran Malaysia dikemukakan oleh
A. W.R Roff
B. Montesqiue
C. Lord Cobbold
D. Lord Landsdowne

4. Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh
A. YDPA
B. Perdana Menteri
C. Timbalan Menteri
D. Hakim

5. Badan kehakiman berkuasa dalam
A. Mentafsir dan menguatkuasakan perlembagaan
B. Menjatuhkan hukuman bagi pesalah-pesalah
C. Menjalankan dasar-dasar kerajaan
D. Menguatkuasakan undang-undang negara

BAB 2 DEMOKRASI DI MALAYSIA

Pilih jawapan yang tepat.

1. Konsep raja berperlembagaan membawa maksud

A. Segala dasar, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah berdasarkan undang-undang dan perlembagaan negara
B. Raja bertindak atas nasihat Perdana Menteri
C. Raja dilindungi oleh perlembagaan
D. Raja merupakan ketua negara

2. Secara umumnya, perkara terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi ialah

A. Raja atau pemerintah
B. Rakyat
C. Sistem pemerintahan
D. Parlimen

3. Kuasa tertinggi di Malaysia ialah

A. Mahkamah Agung
B. Majlis Raja-raja
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Perlembagaan Malaysia

4. Siapakah yang berkuasa membubarkan Parlimen?

A. Yang di-Pertuan Agong
B. Perdana Menteri
C. Ketua Menteri
D. Yang Dipertua Dewan Rakyat

5. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi:

A. 122 Perkara
B. 131 Perkara
C. 133 Perkara
D. 171 Perkara

BAB 3 PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

Pilih jawapan yang tepat.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan?

A. Negara yang dibentuk dengan persetujuan beberapa buah negeri dan kerajaan Pusat diberikan kuasa tertentu, di samping kerajaan Negeri dengan kepentingan-kepentingan tempatan.
B. Mengandungi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada zaman British dahulu.
C. Semua negeri mesti patuh kepada kerajaan pusat.
D. Kerajaan dilantik oleh rakyat.

2. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai konsep ketertinggian perlembagaan?

A. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan.
B. Perlembagaan tidak boleh diubah.
C. YDPA memerintah berdasarkan perlembagaan.
D. Kuasa perundangan juga tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan.

3. Pilih pernyataan yang salah mengenai YDPA.

A. Bertindak sebgai Ketua Negara.
B. Lambang taat setia.
C. Ketua ketiga-tiga cabang kerajaan, iaitu pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
D. YDPA tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah.

4. Perkara yang tidak termasuk dalam Senarai Persekutuan ialah:

A. Keselamatan dalam negeri
B. Pertahanan
C. Kewarganegaraan
D. Mahkamah Syariah

5. Asas Perlembagaan Malaysia yang terbentuk pada hari ini adalah berdasarkan

A. Perlembagaan Persekutuan 1948
B. Perlembagaan Tanah Melayu 1957
C. Perlembagaan United Kingdom
D. Perlembagaan Malayan Union

BAB 4 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pilih jawapan yang tepat.

1. Menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, YDPA bertanggungjawab untuk menjaga kedudukan istiwewa orang Melayu dengan mendapati nasihat daripada

A. Sultan/ Yang Dipertua Negeri
B. Jemaah Menteri
C. Perdana Menteri
D. Timbalan Menteri

2. Apakah majlis yang menasihati raja mengenai hal yang berkaitan dengan agama Islam?

A. Majlis Agama Islam
B. Majlis Raja-raja
C. Majlis Adat Istiadat Melayu
D. Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam

3. Antara pernyataan berikut, siapakah yang bertanggungjawab untuk menjaga hak istimewa orang Melayu di Persekutuan Malaysia?

A. YDPA
B. Sultan atau Yang Dipertua Negeri
C. Perdana Menteri
D. Ketua Setiausaha Negara

4. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai kebebasan asasi

A. Tidak seorang pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan.
B. Kerja-kerja yang berkaitan dengan hukuman penjara dikira sebagai kerja kerahan atau paksa.
C. Setiap warganegara berhak untuk bercakap dan mengeluarkan fikiran.
D. Warganegara berhak untuk mengembangkan agamanya.

5. Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

A. Perlembagaan Persekutuan 1909
B. Perlembagaan Persekutuan 1948
C. Perlembagaan Tanah Melayu 1957
D. Perlembagaan Inggeris

3 Respons to “Soalan Pengukuhan”

  1. […] Kembali ke Soalan Pengukuhan 1 […]

  2. […] Jawab soalan semula ! […]

  3. […] Teruskan menjawab soalan lain ! […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: