PENGAJIAN MALAYSIA

Dibangunkan untuk berkongsi maklumat dalam bidang Pengajian Malaysia berkaitan bidang Politik, Ekonomi dan Sosial

  • Salam Ramadhan

  • Tentang Saya

    Mahasiswi UPSI Perak. Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.

  • Detik

  • Ogos 2010
    M T W T F S S
         
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • 1 Malaysia

  • Kabinet Malaysia

Bab 2 : Prinsip

Posted by aliazaik di 23/08/2010

Bab 2 : Prinsip Utama Sistem Demokrasi Berparlimen

Raja Berperlembagaan
Perlembagaan telah memperuntukan bahawa Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Perkara ini dipertuntukkan dalam Bahagian 4, Bab 1, Perkara 32. Perlantikan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-raja secara bergilir-gilir selepas lima tahun. Sebagai Ketua Negara, YDPA memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya menurut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Negeri
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, Malaysia mengamalkan corak pemerintahan pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. Kuasa pentadbiran di peringkat negeri dipegang oleh raja/sultan sebagai Ketua negeri. Manakala di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka digelar Yang Dipertua Negeri.

Parlimen

Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai Ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.

Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: