PENGAJIAN MALAYSIA

Dibangunkan untuk berkongsi maklumat dalam bidang Pengajian Malaysia berkaitan bidang Politik, Ekonomi dan Sosial

  • Salam Ramadhan

  • Tentang Saya

    Mahasiswi UPSI Perak. Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.

  • Detik

  • Ogos 2010
    M T W T F S S
         
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • 1 Malaysia

  • Kabinet Malaysia

Bab 2 : Pilihan Raya

Posted by aliazaik di 23/08/2010

Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya mula diperkenalkan di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka di mana pilihan raya pertama Tanah Melayu telah diadakan pada tahun 1955.


Perlembagaan
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undang tertinggi negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang memberikan jaminan kepada pemerintah dan rakyat dari segi perlindungan, kedudukan, hak dan sebagainya.

Corak Pemerintahan
Mengikut amalan demokrasi, corak pemerintahan di Malaysia berbentuk pengasingan kuasa. Dalam hal ini, setiap badan telah dibahagikan tugas masing-masing mengikut kuasa yang diberikan. Badan perundangan berkuasa untuk membentuk rang undang-undang, badan pentadbiran berkuasa untuk menjalankan perkara pentadbiran negara dan badan kehakiman berkuasa menjalankan kuasa keadilan.

Kebebasan Asasi
Perlembagaan Persekutuan menyatakan setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan tertentu seperti kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, kebebesan bergerak, larangan buang negeri dan sebagainya. Walau bagaimanapun kebebasan ini mempunyai had.

Kesimpulan
Pengamalan sistem demokrasi berparlimen mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini, ia telah mewujudkan suasana politik yang stabil, aman, dan makmur. Melalui sistem ini juga dapat mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di negara ini.

Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: